fbpx

Feby Putri pernah murung dikutuk wajah berjerawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEBY PUTRI. Foto oleh MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI.

KUALA LUMPUR – Penyanyi muda dari Indonesia Feby Putri mendedahkan pernah mengalami kemurungan membaca komen netizen dalam media sosial mengutuk wajahnya yang berjerawat sekitar tahun 2020.

Menurut Feby yang terkenal menerusi lagu Halu, kecaman netizen pada ketika itu diibaratkannya sebagai toksik yang menganggu emosinya.

“Pada ketika itu keseluruhan wajah berjerawat dan komen-komen netizen membuatkan saya sedih.

“Saya okey sahaja berjerawat tetapi komen orang ramai membuatkan saya mula mempersoalkan mengapa perlu melalui situasi tersebut padahal bukan salah sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang akhbar sempena konsert sulungnya di sini semalam.

Feby, 23, juga pernah mengelak daripada melayari media sosial kerana enggan emosinya terganggu dengan komen negatif tersebut.

“Saya pernah daftar keluar akau media sosial selama seminggu kerana tidak mahu membaca semua kata-kata negatif netizen,” ujarnya.

Berkongsi rasa teruja tentang konsert sulungnya di sini, Feby atau nama penuhnya Feby Putri Nilam Cahyani memberitahu tidak menyangka muzik yang diperjuangkannya turut diminati di Malaysia.

“Sejujurnya saya tidak menyangka lagu Halu boleh meraih perhatian sekaligus membentuk kelompok peminat di Malaysia.

“Paling teruja, ini merupakan pertama kali membuat passport dan terbang ke luar negara untuk sebuah acara meraikan peminat dengan karya-karya saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga meluahkan masih belum berkesempatan dan diberi peluang untuk mengadakan sebarang konsert mahupun terlibat dalam mana-mana acara muzik di negara kelahiran.

“Di Indonesia, saya belum berpeluang adakan konsert sendiri.

“Tak sangka impian itu akhirnya menjadi kenyataan tetapi berlaku di luar negara iaitu di Malaysia pula,” kata gadis kelahiran Makassar itu.

Sekadar info, Feby bakal menghiburkan peminatnya di konsert Feby Putri Live in Kuala Lumpur malam esok.

Konsert yang dibawakan oleh Miebird Projects itu bakal diserikan dengan penyanyi jemputan iaitu kumpulan Mafidz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI