fbpx

EPMB kembali catat keuntungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Sim Yee

PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) mencatatkan keuntungan bersih tahunan pertamanya dalam tempoh tujuh tahun dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (TK2022), dipacu jualan alat ganti automotif lebih kukuh berikutan langkah pengeluar kereta giat memenuhi pesanan tertunggak. 

Hal ini meningkatkan pendapatan EPMB untuk melepasi paras RM500 juta buat kali pertama sejak 2015.

Pada TK2022, Kumpulan mencatatkan keuntungan bersih RM0.4 juta berbanding kerugian bersih RM8.19 juta pada tahun sebelumnya berikutan pembuatan pengeluaran lebih tinggi, yang seterusnya menghasilkan skala ekonomi yang lebih baik bagi Kumpulan.

Pendapatan EPMB pula meningkat sebanyak 49.6 peratus tahun ke tahun kepada RM516.33 juta.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif EPMB, Lim Sim Yee berkata, prestasi kewangan positif pada TK2022 merupakan permulaan kepada keputusan lebih baik yang dijangkakan tahun ini. 

“Kami optimis strategi perniagaan yang dilaksanakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini akan memastikan Kumpulan berada pada trajektori pertumbuhan yang positif. 

“Walaupun industri automotif domestik dijangka menyaksikan jualan lebih perlahan pada 2023, pengenalan model kereta baharu oleh pengeluar terkemuka, termasuk kenderaan elektrik, akan membantu menarik dan mengekalkan minat pembelian dalam kalangan pengguna. 

“EPMB akan memberi tumpuan kepada peluang pasaran baharu yang boleh menyumbang secara positif kepada keputusan Kumpulan untuk tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI