fbpx

Aktiviti penyelewengan diesel di Port Dickson tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Penguatkuasa KPDN negeei Sembilan memeriksa lori tangki mengandungi minyak diesel dalam serbuan Ops Tiris di Kampung Chuah di sini. FOTO IHSAN KPDN.

PORT DICKSON – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan rampasan keseluruhan dianggarkan RM138,695 dalam Ops Tiris di Kampung Chuah di sini semalam.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, ketika serbuan pada pukul 7.30 malam itu, pasukan penguatkuasa mendapati terdapat dua lori tangki dalam keadaan mencurigakan berada di pekarangan tanah lot di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori tangki pertama menemukan kira-kira 16,380 liter cecair yang dipercayai adalah minyak diesel manakala lori tangki kedua mengandungi kira-kira 10,920 liter minyak diesel.

“Hasil serbuan ini, dianggarkan sebanyak 27,300 liter minyak diesel telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM58,695. Turut disita dua lori tangki serta peralatan yang digunakan di tempat serbuan seperti hos dengan keseluruhan nilai rampasan bagi kes ini adalah RM138,695,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhammad Zahir, seorang lelaki tempatan yang berusia sekitar 30 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek yang ditemui di lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang lesen, permit, permit khas atau surat kebenaran dari pengawal bekalan bagi berurusan dengan barangan kawalan berjadual,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI