fbpx

Dua beradik maut, dua cedera Proton Saga bertembung lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dinaiki mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori di lori di Kilometer 8, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Lata Kasah di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Dua beradik maut, manakala dua cedera parah selepas kereta jenis Proton Saga dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 8, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Lata Kasah di sini hari ini.

Mangsa yang maut dalam kejadian itu merupakan pemandu kereta berumur 23 tahun dan kakaknya berusia 27 tahun yang berada di tempat duduk penumpang belakang.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, semasa kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu lori terlibat dari arah Kuantan menuju Kampung Baru, manakala kereta dinaiki mangsa dari arah bertentangan.

“Semasa melalui jalan berselekoh, dalam keadaan cuaca hujan, lori telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta manakala bahagian ekor lori terkena pada bahagian sisi kanan sebuah pacuan empat roda yang berada di hadapan kereta.

“Akibat kemalangan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang penumpang kereta meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Jerantut,”katanya di sini hari ini.

Mazlan berkata, dua lagi mangsa yang berada di tempat duduk depan dan belakang mengalami kecederaan dan kesemua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat, manakala yang cedera dirawat di hospital sama.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan berselekoh dan semasa kejadian keadaan hujan dan permukaan jalan basah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI