fbpx

‘Comeback’ Lesti, Rizky tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA kecil Lesti dan Rizky kini kembali bahagia.

LIMA bulan menyepi gara-gara terkait kes keganasan rumah tangga, Lesti Kejora dan Rizky Billar akhirnya kembali memuat naik kandungan YouTube terbaharu mereka.

Selepas memuat naik video pertama pada Jumaat lalu, konten tersebut terus meraih perhatian netizen sehingga menduduki tempat pertama dalam YouTube.

Video berdurasi 10 minit 28 saat itu mempamerkan kemesraan keluarga kecil itu. Pada awal video mereka berkongsi saat kelahiran Muhammad Leslas Al-Fatih.

Turut diselitkan puisi-puisi yang dibacakan Lesti dan Rizky untuk anak mereka.

Dalam video tersebut juga, Rizky berkata, ia sebagai ‘comeback’ mereka dalam dunia hiburan selepas kontroversi yang berlaku.

“Alhamdulillah video ‘comeback’ kami kini sudah trending nombor satu di YouTube. Selepas lima bulan menyepi saya dan isteri buat keputusan untuk kembali aktif.

“Saya memilih untuk memuat naik pada hari Jumaat yang berkah kerana ini hari bersejarah buat kami,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI