fbpx

Malaysia idam anjur Kejohanan Cyclocross Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pengarah JBSN, Mohd. Azhari Mohammad (dua dari kanan) menerima baju daripada Penasihat PRPPM, Datuk Zainal Azman Abu Seman (dua dari kiri) pada sidang akhbar pra-pelancaran Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 di Menara KBS di sini hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Penganjur Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023, Persatuan Rakan Promosi Pelancongan Malaysia (PRPPM) memiliki impian tersendiri untuk membawa masuk Kejohanan Dunia ke negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Operasi PRPPM, Mohd. Amrin Zairy Adham berkata, buat masa ini pihaknya memberi penekanan terhadap penganjuran di Malaysia sebagai langkah mempromosikan acara tersebut di negara ini.

“Kita akan proses permohonan ke UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) dan ia ada kerangka masa, jadi kena lihat semuanya. Jangkaan itu dalam masa tiga hingga lima tahun, bergantung kepada kelayakan untuk kita menganjurkannya. 

“Ada spesifikasi untuk menganjur dan sama seperti LTdL (Le Tour de Langkawi) ketika kita bawa masuk dulu dan ia (LTdL) sudah berkembang. jadi begitulah untuk bawa masuk Kejohanan Dunia Cyclocross,” katanya pada sidang akhbar khas di Putrajaya hari ini.

Untuk rekod, Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 adalah yang pertama kali dianjurkan di Malaysia serta Asia Tenggara dengan kerjasama Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). 

AMRIN Zairy pada sidang akhbar pra-pelancaran Kejohanan Cyclocross Malaysia 2023 di Menara KBS di sini hari ini. – FAISOL MUSTAFA

Menariknya, siri 1 kejohanan itu pada 11 dan 12 Mac ini di Kinta Riverfront, Taman DR Seenivasagam Ipoh, Perak akan dianjurkan seiring dengan Hari Landskap Negara yang bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perlumbaan cyclocross membabitkan gabungan tiga disiplin utama berbasikal dalam satu masa iaitu basikal bukit, laluan jalan berturap dan merentas halangan sangat popular di Eropah serta Amerika Syarikat (AS).

“Penyertaan (siri pertama) terhad kepada peserta tempatan dan dijangkakan 1,000 peserta untuk peringkat awal. Alhamdulillah daripada segi penyertaan setakat ini, kita sudah menjangkau sasaran berkenaan. 

“Kita nak mempromosi cyclocross disebabkan ia unik kerana melibatkan gabungan tiga elemen. Ia sesuatu yang jarang dapat kita lihat,” tambahnya.

Selepas penganjuran di Ipoh, kejohanan akan beralih ke Selangor sebelum kemuncak saingan di Bagan Datuk yang bakal disertai peserta dari luar negara bagi memeriahkan saingan.

Selain PRPPM dan PKBM, perlumbaan julung kali itu turut dihangatkan bersama kehadiran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai penaja dengan tagline rakan pengangkutan rel rasmi kejohanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI