fbpx

Empat suspek bertopeng, bersenjatakan parang diburu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEJADIAN samun melibatkan empat suspek bertopeng dan bersenjatakan parang. FOTO/ IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Empat suspek bertopeng dan bersenjatakan parang diburu polis selepas terlibat dalam tiga kejadian samun dalam rumah di sekitar Rantau dan Mambau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihak polis telah menerima tiga laporan daripada mangsa iaitu seorang lelaki dan dua wanita lebih kurang pukul 8 pagi hingga 8.38 pagi tadi berhubung kejadian samun yang dipercayai dilakukan suspek sama.

“Hasil siasatan mendapati, ketika kejadian semua mangsa berada di dalam rumah masing-masing sedang berehat dan keempat-empat suspek masuk ke dalam rumah dengan cara memanjat pagar dan masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci.

“Suspek bertopeng dan bersenjatakan parang itu telah melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios, barang kemas dan juga wang tunai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zafira Mohd. Yusop di talian 013-2386281. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI