fbpx

Waktu operasi pengeluaran pasport dilanjutkan mulai Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang awam menunggu giliran sejak pukul 8 pagi di Kaunter Jabatan Imigresen, Pusat Transformasi Bandar (UTC) cawangan Keramat, Kuala Lumpur baru-baru ini. GAMBAR - AMIR KHALID

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen (JIM) akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan pasport di pejabat pengeluar pasport terpilih dan semua pejabat UTC mulai Selasa depan.

JIM dalam hebahan dilaman Facebooknya memaklumkan, ia melibatkan 20 cawangan pejabat pengeluaran pasport Malaysia di seluruh negara yang beroperasi tujuh hari seminggu.

“Ia melibatkan cawangan Menara Ikhlas, Jalan Duta, Wangsa Maju, Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Puchong, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Ayer Keroh, Seberang Jaya, Taiping, Teluk Intan dan Lumut pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam manakala Sabtu dan Ahad pada pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

“Manakala bagi Setia Tropika, Kulai, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Kulim, waktu operasi bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam pada Ahad hingga Khamis sementara Jumaat dan Sabtu pula pada pukul 8 pagi hingga 12.30 tengah hari,” katanya di sini hari ini

Tambahnya, pelanjutan operasi itu juga melibatkan UTC di semua negeri selain Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu pada setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 7 malam manakala hujung minggu pada pukul 8 pagi hingga 5 petang.

“Bagi UTC di Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu akan beroperasi setiap hari termasuk hujung minggu bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI