fbpx

Nazifuddin perlu kerja keras rebut Naib Ketua Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nazifuddin berucap pada Majlis Pengenalan Calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO peringkat negeri Kedah di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku, Alor Setar, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Status selaku anak kepada bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjamin laluan mudah buat Datuk Mohammad Nazifuddin untuk merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan kali ini.

Menurut Mohammad Nazifuddin, 39, beliau sedar dengan kedudukannya yang tidak hadir dari ‘kilang’ Pemuda dan keadaan itu memerlukannya berusaha keras bagi memperkenalkan diri kepada para perwakilan.

Namun begitu, beliau tetap yakin mengenai keterbukaan dalam UMNO yang cuba dibawanya dengan parti itu wajar dilihat sebagai sentiasa menerima perubahan, selain mengutamakan sokongan anak muda dalam memacu kemajuan negara.

“Seperti ada kemungkinan untuk menang, saya juga ada kemungkinan untuk kalah tanpa mengira sama ada saya ini anak Najib atau tidak.

“Saya tahu yang saya bukan datang dari ‘kilang’ Pemuda, tetapi kita kena berikan mesej bahawa Pemuda UMNO boleh berubah dan sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja bagi bersama parti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pengenalan Calon-calon Pergerakan Pemuda UMNO peringkat negeri Kedah di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Kedah di Bangunan Tunku di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI