fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Pengurus perlu percaturan terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain yang dianggap mampu memberikan mata yang banyak untuk pasukan masing-masing.

DUA pasukan gergasi, Arsenal dan Liverpool dijadualkan bermain dua perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ke-25 ini sekali gus memberikan kegembiraan buat para pengurus Fantasy Premier League (FPL).

Hampir pasti kesemua pengurus FPL akan ‘membanjiri’ kesebelasan pasukan mereka dengan pemain-pemain daripada dua pasukan itu memandangkan satu lagi gergasi, Manchester United tiada aksi minggu ini.

Justeru, Kosmo! berkongsi panduan buat para pengurus FPL mengenai pemilihan pemain-pemain yang diramal berpotensi menghadiahkan banyak mata bagi saingan kali ini.

PENJAGA GOL
ALISSON dijangka mampu mengutip mata untuk clean sheet dalam dua perlawanan minggu ini berdasarkan prestasi cemerlang Liverpool di barisan pertahanan sejak kebelakangan ini.

PERTAHANAN
TRENT Alexander-Arnold seperti sudah menemui semula persembahan terbaiknya apabila berjaya mengutip 12 mata hasil clean sheet dan satu bantuan jaringan ketika menang 2-0 ke atas Newcastle United, Ahad lalu.

TENGAH
BUKAYO Saka bakal memainkan peranan penting buat Arsenal yang memerlukan dua kemenangan minggu ini untuk mengekalkan kedudukan tangga teratas EPL seperti satu golnya ke atas Aston Villa baru-baru ini.

PENYERANG
ERLING Haaland dijangka melepaskan geramnya ke atas Bournemouth awal pagi esok selepas gagal menjaringkan gol menyebabkan City terpaksa akur sekadar seri 1-1 dengan Nottingham Forest.

KAPTEN
MARTIN Odegaard dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi cemerlangnya yang merencanakan kebangkitan Arsenal untuk menewaskan Aston Villa pada Sabtu lalu dan berjaya meraih mata bonus maksimum.

 

JADUAL

SABTU

FULHAM lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

EVERTON lwn A. VILLA
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

LEEDS lwn SOUTHAMPTON
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

LEICESTER lwn ARSENAL
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

WEST HAM lwn N. FOREST
Aksi berlangsung pada pukul 11 mlm

AHAD

BOURNEMOUTH lwn MAN. CITY
Siaran langsung Astro 811, 1.30 pagi

C. PALACE lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 3.45 pagi

TOTTENHAM lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 813, 9.30 mlm

KHAMIS

ARSENAL lwn EVERTON
Siaran langsung Astro 811, 3.45 pagi

LIVERPOOL lwn WOLVES
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI