fbpx

Pemuda rebutan gadis lumpuh selepas terlalu banyak makan ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ndayishimiye Fidel (kiri) lumpuh selepas makan ayam yang dimasak oleh calon-calon isterinya. - UGC

KIGALI, Rwanda – Seorang lelaki dari Rwanda mengalami masalah kaki lumpuh selepas makan terlalu banyak ayam yang dimasak oleh beberapa wanita yang ingin memikatnya, lapor laman berita Tuko.

“Saya menjadi dewasa dan ramai gadis mula menyukai saya. Mereka semua menyukai saya dan saya tidak tahu bagaimana untuk mengendalikannya,” kata Ndayishimiye Fidel, 25.

Tambah Fidel, wanita-wanita itu menjadi tidak sabar kerana dia menangguhkan untuk memilih seorang daripada mereka untuk dikahwininya.

Disebabkan semuanya berminat, wanita-wanita tersebut perlu menyertai pertandingan untuk melihat siapa yang akan dipilih menjadi isteri Fidel.

Bapa pemuda tersebut berkata, mengikut budaya mereka, jika seorang lelaki makan ayam yang dimasak oleh seorang wanita, dia perlu mengahwini gadis itu.

Namun, pada suatu hari, dia mendakwa anaknya itu terlalu banyak makan ayam. 

Justeru, katanya, anaknya kini memilih untuk membujang seumur hidup selepas apa yang terjadi kepadanya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI