fbpx

Maqis rampas 3,475 kilogram daging babi sejuk beku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daging babi sejuk beku bernilai RM28,000 yang berjaya disita Maqis Selangor selepas cuba dibawa masuk ke Malaysia tanpa sebarang dokumen permit import sah. - Foto IMAQIS SELANGOR

SEPANG – Taktik licik ejen penghantaran membawa masuk 100 buah kotak gabus mengandungi daging babi sejuk beku dengan mengisytiharkannya sebagai pakaian gagal selepas berjaya dikesan pihak berkuasa, Selasa lalu.

Dalam serbuan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor berjaya merampas kesemua hasilan haiwan itu yang kesemuanya bernilai RM28,000.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, pemeriksaan lanjut mendapati hasilan haiwan seberat 3,475 kilogram (kg) itu diimport dari Vietnam.

Beliau berkata, hasilan haiwan itu dibawa masuk oleh syarikat tempatan namun mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen Permit Import yang sah dan Sijil Kesihatan dari negara asal.

“Sampel produk daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Ujar beliau, tujuan larangan pengimportan serta membawa masuk daging berkenaan adalah bagi menghalang risiko penularan wabak penyakit ASF ke negara ini selain turut menjejaskan industri penternakan babi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI