fbpx

Liga Europa: Barcelona goyah lihat rekod Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TORRES dijangka membarisi kesebelasan utama Barcelona pada aksi menentang United di Old Trafford nanti. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Ferran Torres memberikan amaran kepada rakan sepasukannya agar bersedia untuk ‘menderita’ apabila bertemu Manchester United untuk aksi timbal balik playoff Liga Europa awal pagi esok.

Torres, 23, merasakan The Catalans akan diberikan cabaran berbeza di Old Trafford berban­ding aksi pertama yang berkesudahan seri 2-2 di Camp Nou ming­gu lalu.

Ia berdasarkan rekod cemerlang The Red Devils yang memenangi 14 daripada 15 aksi terakhir mereka dalam semua kejohanan di Old Trafford musim ini.

Bagaimanapun, bekas penyerang Manchester City selama dua musim itu tetap yakin mereka mempunyai kekuatan tersendiri untuk mencipta masalah buat United.

“Kami perlu berlari seperti tiada hari esok. Ia akan menjadi satu perlawanan yang memerlukan kesabaran tinggi.

“Memang benar Liga Perdana Inggeris cukup berfizikal, namun kami juga ada pemain-pemain muda yang hebat dan bersedia untuk memberikan segala-gala­nya buat pasukan,” kata Torres.

Torres dijangka berada dalam kese­belasan utama selepas mendapat pujian tinggi daripada ke­tua jurulatihnya, Xavi Hernandez dalam kemenangan 2-0 ke atas Cadiz , Ahad lalu.

Bagaimanapun, Barcelona bakal turun tanpa kehadiran Pedri kerana kecederaan hamstring dan Gavi yang digantung satu perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI