fbpx

Bukan hamil, buncit makan nasi – Nad Zainal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENTUK perut yang membesar mengundang pertanyaan ramai yang menyangka Nad Zainal kini berbadan dua.

PETALING JAYA – “Bukan. Buncit makan nasi.”

Demikian jawab aktres Nad Zainal selepas ramai peminat menyangka dia berbadan dua gara-gara penampakan bentuk perutnya yang membesar dalam sebuah video.

Dalam sebuah video ulasan produk yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, kelihatan bentuk perut pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin itu membesar seperti wanita mengandung.

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai kerana ada peminat terkejut jika benar dia kini berbadan dua kerana usia perkahwinannya dengan suami, aktor Ungku Ismail masih baharu.

Bagaimanapun jelas pelakon drama Cina Buta itu, dia tidak hamil dan keadaan perutnya membesar kerana buncit makan nasi.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat wanita memahami keadaan dialami Nad kerana pelakon itu sendiri sudah pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.

Bahkan ada juga yang meminta semua pihak berhati-hati sebelum menegur fizikal seseorang kerana hanya golongan ibu yang pernah melahirkan faham bagaimana sukarnya menurunkan berat badan.

“Hati-hati komen. Mak-mak yang ada anak saja faham. Lagi-lagi kalau mak-mak yang bersalin secara pembedahan. Bukan mudah ya nak kempiskan perut itu,” komen seorang pengguna Instagram.

Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga bersama Ungku pada 23 Januari lalu, namun hanya menghebahkan perkahwinan mereka kepada umum seminggu selepas itu.

Pasangan itu mula rapat selepas terlibat dalam drama Cina Buta. Pada ketika itu, Nad sudah bercerai dengan bekas suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin selepas mengesahkan perpisahan mereka sekitar September 2022.

Nad dan Faliq yang berkahwin pada 18 Disember 2015 dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI