fbpx

Identiti penderma sperma terbongkar, pasangan pelik wajah 60 anak serupa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu menggunakan nama berbeza sehingga melahirkan 60 anak. - Getty

CANBERRA, Australia – Identiti seorang penderma sperma prolifik terbongkar selepas 60 kanak-kanak dilaporkan memiliki wajah yang kelihatan  sama, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penderma sperma itu dilaporkan menggunakan nama yang berbeza. Lelaki Australia itu menggunakan empat nama samaran yang berlainan ketika menderma spermanya kepada pasangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kegiatan lelaki itu diketahui selepas beberapa ibu bapa bertemu dalam satu acara barbeku dan menyedari bahawa anak-anak mereka kelihatan sangat serupa, lapor akhbar The Herald Sun pula.

Selepas menelefon klinik yang menawarkan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) di seluruh negara, mereka mendapati penderma itu hanya menggunakan satu klinik rasmi, tetapi turut menjual spermanya di laman Facebook.

Dr. Anne Clark dari Fertility First di Sydney mengesahkan bahawa kliniknya menggunakan khidmat penderma itu sekali sahaja, tetapi berkata, lelaki itu telah menawarkan spermanya secara online sebagai pertukaran untuk ‘hadiah’.

Tindakan membayar atau memberi hadiah untuk mendapatkan sperma manusia adalah haram di Australia yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun.

Bagaimanapun, semakin ramai pasangan yang beralih kepada forum online yang menawarkan sumbangan sperma. 

Kumpulan Facebook seperti Sperm Donation Australia dan Australian Backpackers Mencari Derma Sperma turut memuat naik hantaran daripada pasangan tiada zuriat yang mencari bantuan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI