fbpx

Hujan di beberapa negeri di Semenanjung, Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan berlaku hujan di beberapa negeri di Semenanjung dan negeri Sabah pada pagi ini.

MetMalaysia dalam ramalan cuacanya berkata, hujan kini berlaku di satu dua tempat di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, turut hujan pada pagi ini ialah di kawasan pantai di sekitar Selangor serta di satu dua tempat di kawasan pedalaman Perak.

Menurut laporan itu juga, tiada hujan berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sabah pula hujan kini berlaku di satu dua tempat di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.

MetMalaysia turut melaporkan tiada hujan di Kudat serta beberapa daerah di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limban. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI