fbpx

Shahidan kemuka usul bahas isu pengeluaran KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Usul itu dikemukakan mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), bagi meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan segera meluluskan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada rakyat yang terdesak.

“Pencarum sudah semakin terdesak, tambahan pula harga barang semakin naik dan kos sara hidup yang meningkat saban hari.Ada yang terpaksa menjual harta dan tinggal sehelai sepinggang. Sudah menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen untuk mengotakan janji membantu rakyat.

“Oleh demikian, saya rasa isu ini perlu disegerakan untuk dibincangkan kerana Kerajaan Perpaduan boleh mengambil langkah sama seperti dilakukan sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri pengeluaran KWSP secara bersasar secara berperingkat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Shahidan menegaskan tuntutan pelbagai pihak yang mahu kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP adalah selaras dengan Seksyen 54 Akta KWSP 1991, yang memberi kuasa kepada KWSP membenarkan pengeluaran caruman bagi tujuan pembiayaan kelangsungan hidup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI