fbpx

[VIDEO] Penuntut kolej maut, dua parah kemalangan empat kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta jenis Volkswagen Polo setelah terlibat dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di KMP 8.7 Lingkaran Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, semalam.

SEPANG – Seorang penuntut kolej maut manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan empat buah kereta di Kilometer (KM) P8.7 Lingkaran Putrajaya menghala ke Cyberjaya dan Putrajaya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.16 petang itu, Nurhaikal Hakimi Norsaimi, 19 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar daripada kenderaan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian terbabit pada pukul 6.41 petang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku akibat daripada kereta jenis Volkswagen Polo yang dipandu Muhammad Hakan Hakimy Muhammad Zaki, 21, telah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki ke arah bertentangan.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke institut pengajian tinggi. Kenderaan dinaiki mereka itu kemudian telah melanggar tiga buah kereta lain jenis Proton Exora, Perodua Axia, dan Toyota Vios.

“Akibat pelanggaran tersebut, penumpang belakang Volkswagen, Nurhaikal Hakimi Norsaimi, 19, telah tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Kamarul Azran, seorang lagi mangsa yang juga adik kepada pemandu mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya.

Walau bagaimanapun, pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kereta lain tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI