fbpx

Imej seksi, Salma Hayek tak laku bawa watak lucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALMA HAYEK

AKTRES jelita Salma Hayek mengakui rindu untuk berlakon dalam filem genre komedi walaupun dirinya sukar ditawarkan watak dalam naskhah bercorak humor itu.

Kata Hayek, alasannya kerana dia dianggap terlalu seksi untuk membawa peranan seorang wanita yang lucu.

“Saya rindu sebenarnya untuk berlakon dalam filem bergenre komedi selepas kali terakhir muncul dalam filem Grown Ups pada 2010.

“Tapi saya perlu akui untuk menjadi seorang wanita lucu, saya tidak boleh kelihatan terlalu seksi. Kesannya saya sukar untuk diambil berlakon dalam watak itu,” jelasnya.

Disebabkan persepsi sebegitu terhadapnya, pelakon asal Mexico berusia 57 tahun itu berasa sangat sedih selain menganggap dirinya seperti mangsa diskriminasi.

“Saya terpaksa kembali dalam filem bergenre romantik dan bakal muncul dalam sebuah filem baharu berjudul Magic Mike’s Last Dance arahan Steven Soderbergh,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI