fbpx

EPL: Graham Potter terus berdepan tekanan hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA menjadi mangsa cemuhan penyokong sendiri selepas tewas 0-1 berdepan Southampton pada aksi di Stamford Bridge kelmarin. – AFP

LONDON – Pengendali Chelsea, Graham Potter mengakui bahawa beliau memahami kritikan yang dilemparkan oleh para penyokong pasukan itu selepas mereka tewas 0-1 menentang Southampton di Stamford Bridge kelmarin.

Biarpun berjaya menghasilkan 17 percubaan dan mendominasi 61 peratus penguasaan permainan, sepakan percuma James Ward-Prowse menyaksikan Chelsea gagal meraih kemenangan dalam lima perlawanan bagi semua kejohanan setakat ini.

Keputusan itu juga menyaksikan The Blues terus terumbang-ambing serta gagal memperbaiki kedudukan di Liga Perdana Ing­geris apabila menghuni kedudukan ke-10 menerusi 31 mata dikutip daripada 23 perlawanan.

“Selepas kekalahan ini di hadapan penyokong sendiri, semua kritikan yang diterima boleh difahami. Kami sedang berdepan detik sukar terutama proses integrasi antara pemain senior dan pemain muda.

“Saya tidak sombong apabila mengatakan bahawa segala kritikan yang dilemparkan peminat kepada kami adalah tidak sepatutnya. Tugas saya adalah untuk membantu pasukan ini melalui tempoh yang sukar ini

“Apa yang pasti, aksi kami pada babak pertama tidak begitu baik, namun kami bangkit pada separuh masa kedua, tetapi ia masih belum mencukupi,” jelasnya.

Potter turut mengakui bahawa keputusan untuk menggilir pemain pada aksi berkenaan memakan diri dan mengambil tanggungjawab penuh ekoran kekalahan tersebut.

“Kami kembali dari Liga Juara-Juara dan melakukan perubahan, tetapi kami kehilangan sedikit persefahaman antara pemain. Southampton telah bermain dengan baik menyebabkan kami gagal memberikan aksi yang diinginkan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI