fbpx

Cantik, bijak, Yoon So-hee kini graduan KAIST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOON SO-HEE

BUKAN sahaja cantik, malah pelakon berbakat besar Yoon So-hee juga seorang yang bijak pandai dalam pelajaran apabila baru sahaja menamatkan pengajian di Korea Advance Institute Of Science and Technology (KAIST) yang merupakan salah sebuah universiti kajian terbaik di Korea Selatan.

Menerusi Instagram miliknya, So-hee berkongsi keterujaan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia.

Perkongsian aktres berusia 30 tahun itu menuai pujian daripada rakan pelakon dan peminat yang berbangga melihat dia mencatat pencapaian membanggakan.

“Wah! Ini merupakan satu pencapaian sangat besar. Segala kerja keras awak telah dibayar. Tahniah,” ujar peminat.

“Tahniah. Awak bukan sahaja cantik, malah sangat bagus dalam pelajaran,” kata pengikut.

Pelakon drama Witch’s Love itu mula belajar di universiti berprestij tersebut pada 2011, namun berhenti seketika sebelum menyambungnya pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI