fbpx
OH Young-soo yang terlibat dengan dakwaan serangan seksual menafikan dia terbabit dengan perbuatan tidak senonoh tersebut.

‘Atok’ Squid Game nafi buat gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON siri Netflix popular Squid Game, Oh Young-soo ditahan atas pertuduhan melakukan perbuatan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Perkara tersebut dilaporkan oleh Pendakwaraya Daerah Suwon Cawangan Seongnam bahawa Young-soo didakwa tanpa tahanan atas perbuatan tidak senonoh.

Aktor veteran berusia 78 tahun itu didakwa terlibat dalam pertuduhan menyentuh badan seorang wanita dengan tidak wajar pada tahun 2017.

Bagaimanapun menurut pemenang anugerah pelakon pembantu terbaik di Golden Globe Award ke-79 itu, dia menafikan pertuduhan tersebut melalui saluran JTBC.

“Saya hanya memegang tangan wanita itu untuk memimpinnya berjalan di sekitar tasik. Saya memohon maaf tetapi wanita itu memberitahu dia tidak akan menimbulkan kekecohan mengenai perkara tersebut.

“Ini tidak bermakna saya akan mengakui pertuduhan yang telah dibuat ke atas saya,” jelasnya.

Buat masa ini, pihak pendakwaan menilai bukti yang diperolehi untuk menyokong dakwaan gangguan seksual dan memindahkan kes tersebut ke perbicaraan seterusnya.

Terdahulu, pihak polis menerima laporan tersebut daripada mangsa pada Disember 2021 dan menghantar dokumen berkaitan dengan kenyataan pendakwa kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi pada Februari lalu.

Atas permintaan pihak pendakwaan untuk siasatan lanjut, polis menyoal siasat saksi dan merujuk kepada pihak peguam.

Bagaimanapun mereka memutuskan untuk tidak melanjutkan kes tersebut pada April.

Sementara itu, mangsa membuat rayuan atas keputusan yang dibuat oleh polis dan pihak pendakwaan telah menyiasat kembali kes tersebut. – KOSMO! ONLINE

POPULAR