fbpx

SPRM tidak tolak kemungkinan panggil Tengku Zafrul untuk diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan akan memanggil bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan melibatkan dana Jana Wibawa.

Menurut sumber, ia adalah susulan daripada kehadiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Ibu Pejabat SPRM sebelum ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan sama.

“Pegawai penyiasat sedang di dalam proses memanggil mana-mana saksi yang boleh membantu siasatan dan berkemungkinan bekas Menteri Kewangan juga akan dipanggil bagi tujuan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul menerusi perkongsian di laman media sosial memaklumkan bahawa beliau turut ditanya oleh pengamal media untuk mendapatkan komen berhubung perkara tersebut namun menjelaskan bahawa tiada apa yang perlu disembunyikannya.

“Ada media tanya saya mengenai Jana Wibawa. Tiada apa yang perlu disembunyikan dan saya sentiasa bersedia untuk memberi keterangan jika diminta berbuat demikian,” ujar beliau.

Semalam, Muhyiddin ketika ditemui pemberita mendakwa bahawa SPRM telah mengesahkan bahawa beliau bukanlah suspek dalam siasatan yang dijalankan suruhanjaya tersebut ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu yang mengesahkan telah memberi keterangan kepada SPRM beberapa hari lepas turut memaklumkan bahawa projek tersebut diusahakan Kementerian Kewangan (MOF) dan dicadangkan oleh Tengku Zafrul sendiri bagi membantu kontraktor yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Jelas Muhyiddin juga, beliau tidak terlibat dalam proses mempertimbangkan atau meluluskan projek berkenaan memandangkan ia adalah di bawah MOF selain mendakwa tidak mengenali seorang pun kontraktor yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI