fbpx

Perjuangan BAMTC Malaysia di Dubai terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Pearly-Thinaah berjaya memberi mata kepada pasukan Malaysia selepas menumbangkan beregu China, Shengshu-Ning di Pusat Pameran Dubai semalam.

HASRAT Malaysia untuk me­rangkul kejuaraan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC 2023) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) lebur selepas tewas 2-3 kepada China pada aksi suku akhir awal pagi semalam.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, saingan itu dilihat sebagai platform persediaan terbaik sebelum menghadapi Piala Sudirman di Suzhou, China pada Mei depan.

“Secara keseluruhan prestasi pemain hari ini (awal pagi semalam) ada kualiti. Dari segi semangat berpasukan dalam dan luar gelanggang juga positif, cuma ada beberapa perkara kecil kita perlu tingkatkan.

“BAMTC ini saya lihat sebagai satu persediaan sebelum kejohanan sebenar Piala Sudirman. Peluang di sana lebih baik jika kita serius membina pasukan dengan latihan bersama sekurang-kurangnya sebulan,” kata Rexy.

Pada aksi di Pusat Pameran Dubai itu, perseorangan lelaki, Lee Zii Jia berjaya menghadiahkan mata pertama selepas menewaskan Lei Lanxi 21-16, 22-20.

China kemudiannya mendahului 2-1 menerusi kemenangan perseorangan wanita, Gao Fangjie 15-21, 21-13, 21-19 ke atas Goh Jin Wei dan beregu lelaki, He Jiting-Zhou Haodong menewaskan Ong Yew Sin-Teo Ee Yii 24-22, 21-18.

Malaysia kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan 2-2 selepas Pearly Tan-M. Thinaah berjaya menumbangkan beregu wanita China, Liu Shengshu/Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19.

Kekalahan beregu campuran negara, Tan Kiang Men-Lai Pei Jing kepada Feng Yanzhe-Huang Dolping dengan keputusan 15-21, 23-25 menamatkan perjuangan Malaysia pada kejohanan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI