fbpx

[VIDEO] Pemandu tukar lorong secara mengejut di Kuala Kangsar kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar rakaman kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal penghantar makanan di Jalan Kuala Kangsar yang tular di media sosial.

IPOH – Polis mengeluarkan saman ke atas pemandu kereta terlibat kemalangan membabitkan motosikal penghantar makanan dekat Jalan Kuala Kangsar di sini, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, saman bagi kesalahan memotong dengan cara bahaya itu dikeluarkan ke atas wanita berusia 44 tahun selepas laporan polis berkaitan kejadian itu dibuat semalam.

“Siasatan mendapati kemalangan itu berlaku kelmarin (Jumaat) pada pukul 7.35 petang di jalan menghala Chemor selepas lampu isyarat antara Jalan Kuala Kangsar dan Jalan Sultan Azlan Shah.

“Semasa kejadian, pemandu kereta jenis Wira Aeroback didapati telah mengubah haluan dari tengah ke lorong kiri secara mengejut sehingga mengakibatkan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kiri kereta,” katanya di sini hari ini.

Menurut Yahaya, akibat pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan di bahu kanan, luka di lutut, siku serta muka dan kini telah dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), manakala pemandu kereta tidak cedera.

“Saman telah pun dikeluarkan terhadap pemandu terbabit dan kes disiasat di bawah Peraturan 6(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana memotong dengan cara bahaya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI