fbpx

Eyka Farhana dituduh jahil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN tentang hadiah yang diterima daripada teman lelaki sempena Hari Kekasih atau Valentine’s Day dikecam peminat.

DAH habis fikir agaknya, sebab itu pelakon Eyka Farhana tak kisah dikecam. Dia pun dah biasa sangat dicaci dan dimaki netizen.

Terbaharu, Eyka sekali lagi menuai kritikan orang ramai apabila secara terbuka berkongsi hadiah yang diterima daripada teman lelakinya iaitu Akhyar Rashid sempena Hari Kekasih.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, dia berkongsi rasa teruja apabila menerima sejambak bunga ros merah dan putih daripada Akhyar.

Hadiah yang diterima itu turut disertakan kad ucapan yang tertera kata-kata romantik Akhyar untuknya.

“Sepanjang musim dan masa. Saya sayang awak sangat. Selamat Hari Kekasih, baby princess,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsiannya tidak disenangi segelintir pengikut apabila mengecamnya kerana menyambut hari kekasih yang jelas haram di sisi Islam.

“Hari kekasih? Islam tidak sambut hari kekasih,” komen seorang netizen.

“Haram ya sambut hari kekasih,” tegur seorang lagi netizen.

Alahai, zaman sekarang kena hati-hati kalau nak berkongsi apa sahaja dalam media sosial sebab ramai netizen memerhati. Harap hati Eyka terus kental ya.

DIVA: Netizen ‘sakit hati’ sebab Nora Danish tak pandai nak tua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI