fbpx

Dua kumpulan remaja bergaduh kerana diejek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara tangkap layar video yang berjaya dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di tempat letak parkir kenderaan di Ara Damansara, kelmarin.

PETALING JAYA – Akibat tidak berpuas hati kerana dicemuh dan dipersendakan, dua kumpulan remaja bertindak bergaduh dan merusuh dalam dua kejadian di kawasan perumahan awam dan tempat letak parkir kenderaan di Ara Damansara, kelmarin.

Kejadian yang pada asalnya dipercayai berpunca daripada pertelingkahan dua kumpulan tersebut telah menyebabkan ada antara mereka yang turut tercedera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima dua laporan polis sekitar pukul 11.24 malam pada Jumaat lepas.

“Bertindak atas maklumat, semalam lebih kurang pukul 1.10 pagi, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya telah berjaya menahan tiga orang suspek lingkungan umur 14 hingga 16 tahun.

“Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkmah Majistret Petaling Jaya bagi permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan penahanan dibenarkan selama empat hari sehingga 21 Februari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan iaitu merusuh tanpa menggunakan senjata. Jika disabitkan, boleh membawa hukuman dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin turut menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang perlakuan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI