fbpx

Buang al-Quran sesuka hati boleh dikenakan tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
13 naskah al-Quran yang dijumpai dalam sebuah longkang di Tasik Sri Murni Jinjang, Kuala Lumpur, semalam.

PUTRAJAYA – Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pihak yang membuang al-Quran sesuka hati tanpa melupuskannya dengan cara yang betul seperti yang tular di media sosial hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, beliau difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menyiasat isu itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pembuangan al-Quran itu dipercayai berlaku di salah satu lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan lanjut telah dilakukan oleh pihak PDRM dan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada JAWI dan saya berasa amat dukacita dengan kejadian tersebut,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Ujar beliau, pihaknya merakamkan penghargaan serta memuji keprihatinan tinggi pihak berkuasa serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid setempat dalam menangani isu tersebut selain turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memelihara kemuliaan naskhah al-Quran.

Terdahulu, Kosmo! Online hari ini melaporkan penemuan sebanyak 13 naskah al-Quran di dalam sebuah longkang di Tasik Sri Murni Jinjang, Kuala Lumpur, yang sengaja dibuang oleh individu tidak bertanggungjawab. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI