fbpx

Anwar terkesan keprihatinan rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 42 tan barangan keperluan telah dihantar ke Damsyik, Syria malam tadi.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye.

Anwar menerusi Facebook rasminya berkata, pada malam tadi, terdapat 42 tan barangan bantuan telah dihantar ke Damsyik, Syria.

“Malam semalam, sebanyak 42 tan barangan bantuan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam telah dihantar ke Damsyik menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, InsyaAllah,” jelas beliau hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI