fbpx

Terengganu haramkan tayangan filem Pulau di pawagam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem Pulau yang diharamkan tayangannya di semua pawagam di Terengganu.

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu mempertahankan keputusan kerajaan negeri itu mengharamkan tayangan filem Pulau yang sepatutnya bermula pada 9 Mac depan.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Mohd Harun Esa berkata, keputusan tidak membenarkan tayangan filem itu di semua pawagam di negeri ini tepat berdasarkan garis panduan pelaksanaan aktiviti seni dan hiburan ditetapkan sebelum ini.

“Ia isyarat jelas kepada penggiat seni dan hiburan agar mematuhi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Terengganu.

“Saya juga mencadangkan negeri-negeri lain juga mengambil langkah sama sebagai isyarat menolak budaya tidak senonoh dan adegan melampau yang dikhuatiri merosakkan minda bangsa Malaysia,” katanya di sini hari inim

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri Terengganu mengharamkan tayangan filem Pulau di semua tiga buah pawagam yang terdapat di negeri tersebut.

Sebelum ini, trailer filem Pulau yang dimuat naik di laman Youtube baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi apabila mengandungi adegan panas, selain menampilkan pelakon wanita berbikini.

Sementara itu, penerbit filem Pulau, Fred Chong dipetik sebagai berkata, keputusan kerajaan negeri Terengganu tersebut membimbangkan kerana boleh mempengaruhi kerajaan negeri lain mengambil tindakan sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI