fbpx

Pelanggan tolak telur omega, harga mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan melihat telur omega yang lebih banyak berada di atas rak berbanding telur ayam biasa.

GEORGE TOWN – Tiada kawalan harga terhadap telur omega didakwa menyebabkan pembekal lebih suka menumpukan pengeluaran sumber protein itu berbanding telur ayam biasa gred A, B dan C.

Perkara itu meresahkan peniaga kerana rata-rata pelanggan lebih suka membeli telur ayam biasa berbanding telur premium dan telur ayam kampung.

Seorang pembekal telur ayam di daerah Barat Daya yang mahu dikenali Jenny, 47, berkata, dia terpaksa menjual telur ayam omega dan kampung berikutan menerima jumlah bekalan yang sedikit atau suku bagi Gred A, B, dan C di peringkat peladang.

Dakwanya, pihak terbabit kini dikatakan hanya menumpukan penjualan telur omega dan kampung disebabkan tiada sebarang kawalan harga dan lebih me­nguntungkan.

“Dahulu, saya menerima lebih 1,000 papan telur ayam bagi semua gred seminggu, tetapi hari ini hanya menerima kira-kira 150 hingga 200 papan setiap dua kali seminggu.

“Peladang mempunyai alasan tersendiri. Kami pula yang tersepit kerana ramai pelanggan yang datang mencari telur ayam biasa daripada jenis omega dan kampung.

“Ada juga pelanggan terutama peniaga dan penjaja kecil terpaksa beli telur premium (omega) dan ada juga yang sekadar datang bertanya,” jelasnya.

Terdahulu, tinjauan Kosmo! di beberapa premis peruncitan termasuk pasar raya mini mendapati hanya telur ayam omega berada di atas rak.

Ketika ini, telur ayam omega dijual antara RM7.50 hingga RM8 setiap 10 biji, manakala telur ayam kampung pula dipasarkan pada harga 60 sen hingga 70 sen sebiji.

Sementara itu, seorang lagi pembekal yang juga mahu dikenali sebagai Ang, 45, memberitahu, berlaku pengurangan sehingga 50 peratus bagi telur ayam gred A, B dan C di pasaran ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI