fbpx

Penebar roti canai didakwa pukul isteri sebab tengking ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. SAIFULLAH mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memukul isterinya di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Gara-gara berang isterinya meninggikan suara kepada ibu, seorang penebar roti canai didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul wanita itu, Selasa lalu.

Tertuduh, Mohd. Saifullah Md. Yusoff, 32, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Lelaki itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Aqmar Izzianty Md. Yusoff, 29, dengan cara memukul muka mangsa di sebuah rumah di Taman Cheng Indahdi sini pada pukul 10 malam, 14 Februari lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas tertuduh berang apabila isterinya dikatakan meninggikan suara kepada ibunya ketika berlaku perselisihan faham dalam keluarga tersebut.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April depan sebagai lantikan peguam dan sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI