fbpx

Wanita maut dalam kejadian langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian berlaku di Sekolah Kebangsaan Taman Datuk Harun 2.

PETALING JAYA – Seorang wanita maut selepas dilanggar lari oleh sebuah motosikal ketika melintas jalan bersama anak lelakinya berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Datuk Harun 2, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 5.30 petang melibatkan sebuah motosikal jenis Honda dan dua orang pejalan kaki.

“Semalam, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis berhubung dengan kejadian tersebut.

“Siasatan mendapati seorang wanita warganegara berusia 37 tahun dan seorang anak lelakinya berusia 10 tahun telah dilanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang melintas jalan tersebut.

“Mangsa parah di bahagian kepala telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, anak mangsa mengalami cedera ringan iaitu luka di bahagian bibir dan siasatan diteruskan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Mohamad Fakhrudin menggesa agar saksi kemalangan tampil segera bagi membantu siasatan.

“Kepada orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI