fbpx

Tiada sisa radioaktif dari Lynas selepas Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lih Kang

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan supaya syarikat perlombongan dari Australia, Lynas Rare Earths Ltd (Lynas) untuk tidak menjalankan aktiviti memproses sisa radioaktif di negara ini selepas bulan Julai depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Perlesenan Tenaga Atom bersetuju meluluskan pembaharuan lesen Lynas untuk tempoh tiga tahun bermula 3 Mac depan sehingga 2 Mac 2026.

Bagaimanapun katanya, sebelum mendapatkan lesen lanjutan tersebut, semua syarat lesen yang telah diputuskan sebelum ini iaitu 3 Mac 2020 hingga 2 Mac 2023 perlu terus dipatuhi oleh Lynas.

“Antara syarat tersebut adalah semua aktiviti aktiviti cracking & leaching (C&L) yang menghasilkan sisa radioaktif perlu dijalankan di Australia dan tiada aktiviti dilakukan di bagi projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan, selepas bulan Julai 2023.

“Aktiviti-aktiviti lain yang tidak melibatkan penghasilan sisa radioaktif dibenarkan untuk terus beroperasi. Dalam erti kata lain, tiada lagi sisa radioaktif tambahan daripada Lynas selepas bulan Julai 2023,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, Kerajaan Perpaduan komited dalam mewujudkan persekitaran mesra perniagaan dan memahami kepentingan industri nadir bumi.

Walau bagaimanapun katanya, tidak ada pihak yang berhak untuk menghasilkan sisa radioaktif secara berterusan di tanahair kita.

Tambah beliau, sejak beroperasi di Malaysia pada tahun 2012, Lynas telah menghasilkan kira-kira 1.08 juta metrik tan sisa radioaktif (residu Water Leach Purification atau WLP)

“Jumlah sisa ini dijangka akan mencecah 1.2 juta metrik tan sehingga Julai 2023,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI