fbpx

Pelan terbaharu Hotlink tawar internet pantas, kadar lebih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelan promosi Hotlink dengan tawaran harga murah dengan akses internet yang lebih baik.

PETALING JAYA – Kedua-dua pelanggan Hotlink Prabayar dan Hotlink Postpaid kini boleh mendapat pengalaman melayari internet yang lebih kaya melalui pelan mudah alih yang dipertingkatkan dengan lebih banyak kuota internet pada nilai yang lebih baik, serta akses internet tanpa had kelajuan pada harga berpatutan.

Selain kuota data yang lebih banyak, semua pelanggan boleh menikmati akses percuma ke perlawanan langsung Liga Perdana, diskaun menarik untuk tiket wayang serta tawaran.

Ketua Pengguna Hotlink Maxis, Rabiras Rajakrishnan berkata, untuk pelanggan prabayar, syarikat memperkenalkan pas Hotlink Prepaid Pantas baharu dengan menawarkan lebih banyak data pada kadar yang lebih rendah.

Harga yang ditawarkan kini adalah  RM35 dengan 30 GB dan Internet berkelajuan tinggi tanpa batasan dan juga panggilan tanpa had.

“Mulai sekarang hingga 31 Mac, pelanggan juga layak untuk menuntut sejumlah baucar data berkelajuan tinggi 5 x 20GB melalui aplikasi Hotlink. 

“Setiap baucar boleh ditebus dengan pembelian pas RM35 melalui aplikasi sehingga Disember,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Rabiras menjelaskan, untuk Hotlink Postpaid, pelanggan bagi kedua-dua pelan Hotlink Postpaid 40 dan Hotlink Postpaid 60 akan menikmati peningkatan data tambahan sebanyak 10GB, panggilan tanpa had dan SMS. 

Selain itu, pelanggan Hotlink Postpaid 60 juga akan menikmati diskaun menarik untuk peranti mudah alih baharu iaitu antaranya adalah Galaxy A04 dan Honor X7A. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI