fbpx

Malaysia dominasi perlawanan, belasah Kazakhstan 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE-Ee Wei memastikan tempat ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan selepas menewaskan pasangan tuan rumah, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin semalam.

KUALA LUMPUR – Skuad badminton negara meneruskan rentak kemenangan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selepas menewaskan Kazakhstan 5-0 sebentar tadi.

Pada perlawanan kedua saingan Kumpulan B yang berlangsung di Dubai Exhibition Centre itu, Malaysia menepati ramalan apabila tidak berdepan sebarang masalah untuk ‘menjinakkan’ pasukan tersebut.

Perseorangan wanita, Wong Ling Ching memulakan ‘pesta’ kemenangan pasukan negara dengan mengenepikan cabaran Aisha Zhumabek menerusi aksi straight set 21-6, 21-13 dalam tempoh kurang 25 minit untuk mata pertama.

Mata kedua Malaysia hadir dalam acara perseorangan lelaki menerusi bekas juara remaja Asia, Leong Jun Hao selepas pemain berusia 24 tahun itu berhempas pulas sebelum mengatasi Dmitriy Panarin 21-12, 21-16.

Kemudian, giliran beregu wanita, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mempamerkan bisa bagi meletakkan Malaysia selesa mendahului 3-0 apabila menewaskan gandingan Nargiza Rakhmetullayeva-Kamila Smagulova 21-7, 21-7.

Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tidak beraksi pada pertemuan dengan UAE semalam, menang 21-5, 21-17 ke atas Khaitmurat Kulmatov-Artur Niyazov meskipun berdepan tentangan sengit di set kedua.

Beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei melengkapkan kemenangan Malaysia dengan menghadiahkan mata kelima selepas menewaskan Makhsut Tadzhibullaev-Aisha Zhumabek 21-9, 21-10.

Walaupun bermula garang dengan mencatat kemenangan bersih dalam dua perlawanan awal, namun cabaran sebenar Malaysia adalah pada aksi penentuan juara Kumpulan B menentang India esok.

Pada edisi kali ini, Malaysia meletakkan sasaran mara ke separuh akhir bagi memastikan slot automatik ke saingan Piala Sudirman yang dijadualkan berlangsung di Suzhou, China Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI