fbpx

Gigi, fisioterapi antara skop baharu Program Selangor Saring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Siti Mariah Mahmud

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan meneruskan Program Selangor Saring dengan memperluaskannya kepada tiga kategori baharu iaitu saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud berkata, sebanyak RM2.6juta diperuntukkan bagi program saringan itu dengan menyasarkan seramai 31,000 penerima manfaat di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Katanya, bagi program dilaksanakan tahun lalu telah menerima lebih 20,000 pendaftaran dan berjaya mengenal pasti 49 peratus kes yang memerlukan tindakan susulan, konsultasi dan rawatan lanjut.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah memperluaskan skop perkhidmatan kepada tiga kategori iaitu saringan telinga, pemeriksaan gigi dan perkhidmatan fisioterapi selain saringan asas yang lain meliputi penyakit tidak berjangkit, kanser serta berkaitan mata.

“Kita menyeru penduduk Selangor yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan dan gaya hidup tidak sihat serta mereka yang masih belum dikenal pasti oleh doktor mempunyai penyakit dinyatakan untuk mendaftar ke Program Selangor Saring,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, pendaftaran boleh dibuat menerusi aplikasi SELangkah bermula pukul 2 petang hari ini dengan setiap pemohon perlu melengkapkan borang saringan awal ketika proses pendaftaran bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang serta faktor risiko pemohon.

“Individu yang layak akan menerima baucer untuk menjalani saringan kesihatan tanpa sebarang bayaran di lokasi dan tarikh yang ditetapkan. Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang selangorsaring.selangkah.my. atau menghubungi talian hotline Selcare iaitu 1-800-22-6600,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI