fbpx

EPL: Jurgen Klopp dedikasi buat peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAKPO turut meledak satu gol ketika Liverpool berjaya menewaskan musuh setempat, Everton pada aksi awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menghadiah­kan kemenangan 2-0 yang direkodkan ke atas Everton kepada penyokong setia selepas menamatkan empat aksi tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Anfield itu, skuad The Reds akhir­nya mengecapi kemena­ngan pertama dalam kancah liga sejak Disember lepas hasil ja­ringan yang dilakukan oleh Mohamed Salah dan Cody Gakpo.

Kata Klopp, keputusan tersebut sememangnya memberi ke­legaan tambahan buat pasukan selepas dikritik hebat sebelum ini susulan prestasi yang tidak konsisten terutama di peringkat domestik.

“Ini adalah hari yang luar biasa buat kami dan tidak keterlaluan untuk saya katakan penyokong memainkan peranan penting dalam memastikan pa­sukan dapat melakar kemena­ngan pertama selepas empat perlawanan.

“Keyakinan yang dipamerkan oleh barisan pemain kami termasuk pemain muda seperti Stefan Bajcetic untuk mengemudi jentera tengah sangat mengagumkan dan termasuk apa yang dipamerkan Jordan Henderson.

“Saya harap keputusan ini dapat menjadi titik permulaan buat kami untuk terus bangkit mendaki carta liga musim ini,” katanya.

Sementara itu, Bajcetic me­ng­­akui gembira dapat membalas kepercayaan yang diberikan oleh Klopp untuk mempamerkan prestasi lebih konsisten dalam kesebelasan utama.

“Saya telah bermain di pelbagai posisi, tetapi ini kali pertama saya diarahkan bermain sebagai pemain No. 10 dan harus diakui ia cukup serasi dengan corak permainan saya,” kata pemain berusia 19 tahun itu.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`