fbpx

Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz didakwa sebabkan kematian lelaki di Masjid Pulau Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Sabri (tengah) di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto Oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pengawal keselamatan bersama seorang pelajar tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki kurang siuman di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di sini kira-kira dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Sabri Yusoff, 33 dan seorang remaja berusia 17 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan yang mungkin menyebabkan kematian kepada Syhakahalaf Akram Mohd. Zakuwan, 28.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca dengan Seksyen 34 manakala pelajar tahfiz terbabit boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 91 Akta Kanak-kanak 2001 jika disabitkan atas kesalahan tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Zamri Mat Nawang.

Terdahulu, Siti Edabayu tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh atas pertuduhan yang dihadapi mereka, namun Zamri dalam rayuannya memohon kedua-dua anaknya dibenarkan ikat jamin.

Mahkamah kemudiannya membenarkan Mohd. Sabri diikat jamin sebanyak RM20,000 manakala pelajar tahfiz itu RM8,000 masing-masing dengan seorang penjamin serta menetapkan 19 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang lelaki kurang siuman maut selepas bergelut dengan pengawal keselamatan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka di sini pada 29 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI