fbpx

Pemancing jumpa mayat dengan kesan tetakan pada kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki yang ditemui terapung dengan lima kesan tetakan pada kepala malam tadi. - Foto/ IHSAN PDRM

SEPANG – Hasrat seorang pemancing untuk menangkap ikan terbantut apabila menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di sebuah tasik yang terletak di belakang Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, pemancing berkenaan telah pergi ke tasik tersebut untuk memancing dan terlihat sebuah kereta dalam keadaan bahagian hadapannya berada di dalam air.

“Saksi telah pergi memeriksa kereta tersebut dan kemudiannya terlihat mayat seorang lelaki lengkap berpakaian dalam keadaan terapung lalu segera menghubungi balai polis Cyberjaya untuk tindakan selanjutnya.

“Sepasukan forensik telah dikerahkan ke lokasi dan pemeriksaan mendapati mayat adalah seorang lelaki tempatan bertubuh gempal berusia 43 tahun, lengkap berpakaian baju-T berwarna hitam dan berseluar jeans hitam bertali pinggang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, pasukan forensik juga mendapati ada unsur jenayah susulan penemuan lima kesan tetakan pada bahagian kanan kepala mangsa dengan pergelangan tangan kirinya juga hampir putus.

“Pemeriksaan di kawasan tersebut turut menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang telah terjunam di dalam tasik dan tinjauan mendapati kawasan tasik tidak berpagar serta boleh diakses secara bebas selain menjadi tumpuan pemancing.

“Siasatan lanjut berhubung penemuam mayat tersebut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tegas beliau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI