fbpx

Lelaki tumbuk kakak diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PADAWAN – Polis sedang memburu seorang lelaki kerana mencederakan kakaknya, selepas mengamuk di rumah mereka di Kampung Segedup, Jalan Batu Kawa di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, 34, pada pukul 5.52 petang semalam iaitu beberapa jam selepas kejadian.

Katanya pada kira-kira pukul 3.34 petang semalam, mangsa yang merupakan anggota bomba telah dipukul oleh adiknya itu menyebabkannya mengalami kesakitan di kepala dan lebam pada bahu, lengan dan tangan.

“Sebelum kejadian, mangsa dan adik perempuannya sedang melakukan kerja di dapur manakala suspek sedang duduk makan di lantai dapur.

“Suspek tiba-tiba membuat bising, membebel, memaki hamun serta menuduh mangsa membuat perkara yang tidak baik di belakang suaminya dan Mangsa kemudian menegur suspek menyebabkan suspek terus memukulnya bertubi-tubi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Zainal berkata pasukan detektif telah diarahkan untuk mengesan dan menangkap suspek, yang dikenali sebagai Zattul Za’aba Jasa, 32 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI