fbpx

Liga Fantasi Kosmo!: Aksi Arsenal, City jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIMA pemain ini dijangka mampu memberikan sumbangan mata besar buat pasukan.

CABARAN Liga Fantasi Kosmo! menerusi Fantasy Premier League (FPL) semakin dirasai pada aksi minggu ke-23 (GW23) dengan 11 perlawanan menarik yang bakal memberi cabaran tersendiri buat para pengurus FPL.

Pemilihan kali ini sudah tentulah terarah kepada pasukan Arsenal dan Manchester City yang memiliki tambahan satu perlawanan berbanding 18 kelab lain.

The Gunners yang mendahului carta liga akan menentang Brentford dan The Citizens pula bakal melayan kunjungan Aston Villa sebelum kedua-dua kelab bertembung sesama sendiri.

Namun, para pengurus juga perlu lebih berwaspada memandangkan prestasi Arsenal dan City juga tidak konsisten selepas tewas mengejut pada kempen minggu lalu.

FORMASI: 3-5-2
Nilai: £99.5

PENJAGA GOL

NICK POPE

NICK POPE akan terus menjadi sandaran utama Eddie Howe untuk diturunkan pada pertemuan menentang Bournemouth pada Sabtu ini. Pemain antarabangsa England itu cemerlang menyumbang 105 mata sepanjang musim ini.

PERTAHANAN

SEPERTI biasa, tonggak pertahanan Newcastle United, Kieran Trippier ini dianggap sebagai penyumbangkan mata buat pengurus FPL di posisi benteng. Berdepan dengan Bournemouth juga nampak mudah selepas pasukan lawan dilihat gagal meraih kemenangan pada enam aksi terakhir.

TENGAH

BINTANG antarabangsa England, Bukayo Saka semakin menunjukkan prestasi konsisten bersama skuad The Gunners. Dia bakal menjadi jentera utama buat skuad kendalian Mikel Arteta itu untuk melebarkan jurang pendahulu minggu ini.

PENYERANG

NAMA Brennan Johnson kini meniti di bibir peminat EPL selepas berjaya meledak tiga gol pada tiga perlawanan terakhir. Penyerang antarabangsa Wales ini dijangka tidak berdepan kesukaran apabila bertemu Fulham nanti.

KAPTEN
ERLING Haaland telah dikritik hebat pada aksi bertemu Tottenham Hotspur minggu lalu. Namun, dia dijangka kembali menyerlah apabila beraksi di laman sendiri terutama menentang kelab kurang ternama seperti Aston Villa.

 

JADUAL

SABTU

West Ham lwn Chelsea
Siaran langsung Astro 813, 8.30 mlm

Arsenal lwn Brentford
Siaran langsung Astro 813, 11 mlm

C. Palace lwn Brighton
Siaran langsung Astro 811, 11 mlm

Fulham lwn N. Forest
Siaran langsung Astro Go, 11 mlm

Leicester lwn Spurs
Siaran langsung Astro 812, 11 mlm

S’hampton lwn Wolves
Siaran langsung Astro Go, 11 mlm

AHAD

B’mouth lwn Newcastle
Siaran langsung Astro 813, 1.30 pagi

Leeds lwn Man. United
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

ISNIN

Man. City lwn A. Villa
Siaran langsung Astro 813, 12.30 t/mlm

SELASA

Liverpool lwn Everton
Siaran langsung Astro 813, 4 pagi

KHAMIS

Arsenal lwn Man. City
Siaran langsung Astro 813, 3.30 pagi

 

PENJARING TERBANYAK

15 gol
Erling Haaland (Man. City)

17 gol
Harry Kane (Spurs)

13 gol
Ivan Toney (Brentford)

11 gol
Aleksandar Mitrovic (Fulham)
Marcus Rashford (Man. United)

10 gol
Rodrigo (Leeds)

9 gol
Miguel Almiron (Newcastle)

8 gol
Martin Odegaard (Arsenal)
James Maddioson (Leicester)

7 gol
Roberto Firmino (Liverpool)
Mohamed Salah (Liverpool)
Leandro Trossard (Arsenal)
Bukayo Saka (Arsenal)
Gabriel Martinelli (Arsenal)
Harvey Barnes (Leicester)
Phil Foden (Man. City)
Callum Wilson (Newcastle)

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI