fbpx

Amelia Henderson digelar Hailey Bieber Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

KECANTIKAN yang dimiliki aktres Amelia Henderson sememangnya tiada tandingannya.

Semakin hari semakin jelita, itu yang antara komen yang tidak henti-heti ­menghujani Amelia sejak kembali aktif dalam dunia seni sekitar tahun 2020.

Terbaharu, aktres berusia 27 tahun itu menuai pujian ramai sehingga digelar sebagai Hailey Bieber Malaysia selepas memuat naik video bersolek dalam akaun TikToknya.

Hailey yang juga isteri kepada penyanyi, Justin Bieber sebelum ini pernah trending dalam TikTok apabila video solekan ringkasnya menjadi ikutan ramai.

“Cantik sungguh, ini Hailey Bieber versi Malaysia.

“Kejelitaan Amelia memang tak boleh disangkal. Seperti campuran wajah Millie Bobbie Brown dan Ava Max pula,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI