fbpx

Konsultan ditahan terima upah Datuk Seri urus wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang berusia 70-an direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam aktiviti pengubahan wang haram.

PUTRAJAYA – Seorang konsultan bebas direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki menerima upah daripada seorang wanita bergelar Datuk Seri bagi melakukan kerja-kerja membabitkan kegiatan pengubahan wang haram.

Perintah reman sehingga 14 Februari itu dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek yang berusia dalam lingkungan 70-an itu dipercayai menerima habuan lebih RM700,000 pada 2016 dan 2017.

“Habuan itu sebagai balasan bagi melakukan kerja-kerja aktiviti pengubahan wang haram dengan membawa wang tunai yang dipercayai hasil penipuan pelaburan.

“Suspek juga disyaki bersubahat dengan wanita bergelar Datuk Seri berhubung kegagalan mengisytiharkan sumber wang pelaburan bagi tujuan menipu syarikat milik individu berprofil tinggi,” katanya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim memberitahu, suspek ditahan pada pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI