fbpx

ADUN Lobak dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seh Yong (empat dari kanan) bersama Aminuddin dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang lain selepas Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah hari ini.

KUALA PILAH – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mengurniakan watikah pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Negeri Sembilan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Chew Seh Yong hari ini.

Turut berangkat ke Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah di Istana Besar Seri Menanti Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Johol, Datuk Mohammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Datuk Muhammad Sharip Othman serta kedua-dua anakanda Tuanku Muhriz, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin dan Tunku Zain Al-’Abidin.

Pelantikan tersebut menyaksikan Seh Yong, 61, akan memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan selepas jawatan tersebut dikosongkan oleh ADUN Nilai, J. Arul Kumar yang meletakkan jawatan kerana dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Seh Yong daripada parti DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lobak pada Pilihan Raya Umum Ke-14. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI