fbpx

Perak tempatkan mesin sanitari layan diri di sekolah rendah jika perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salbiah (kanan) memberi Prokis kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di Ipoh, hari ini. - Foto oleh LIYANA RAMLI

IPOH – Kerajaan negeri akan melihat keperluan menempatkan mesin layan diri sanitari di kawasan strategik termasuk kawasan luar bandar dan sekolah rendah bagi menangani isu kemiskinan haid dalam kalangan remaja serta wanita dari golongan B40, di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan, Salbiah Mohamed berkata, jika di peringkat sekolah, pihaknya akan melihat keperluan mesin itu di sekolah rendah melalui laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Jika dulu proses datang haid ini dah masuk ke fasa umur sekolah menengah jadi kita tidak bagi pendedahan terhadap pelajar sekolah rendah, tetapi apabila saya tanya tadi rata-rata pelajar-pelajar datang haid seawal di sekolah rendah.

“Mungkin ada keperluan. Sekiranya perlu, kita akan wujudkan,” katanya pada Program Kemiskinan Haid Pemberian Kit Asas Sanitasi Wanita Negeri Perak (Prokis) 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di sini, hari ini.

Pada masa sama, Salbiah berkata, program Prokis turut diteruskan bagi membantu meringankan beban golongan wanita dan remaja B40 selain kerjasama bersama JPN dalam melaksanakan program membendung masalah gangguan seksual, penderaan serta ilmu penjagaan sistem reproduktif dalam kalangan kanak-kanak dan remaja di sekolah.

“Program ini akan digerakkan secara bersama oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bagi menyampaikan maklumat kesedaran, tips keselamatan diri, jenayah pornografi dan lain-lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`