fbpx

Mahkamah: Bekas pemandu teksi kekal dijel 20 tahun dan sebatan rogol wanita Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 16 sebatan ke atas seorang bekas pemandu teksi atas dua pertuduhan merogol dan mengugut seorang pelancong wanita warga Indonesia di sebuah hotel lima tahun lalu.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said selepas menolak rayuan akhir Abdul Ghani Abdul Karim, 48, selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

“Mahkamah mendapati sabitan dan hukuman yang dijatuhkan mahkamah sebelum ini adalah selamat. Tiada sebab menganggu dapatan mahkamah (Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi ) terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

“Oleh itu, hukuman yang dijatuhkan mahkamah sebelum ini dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan,” kata hakim Kamaludin.

Dalam prosiding hari ini dua lagi panel hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Supang Lian.

Mengikut pertuduhan pertama Abdul Ghani didakwa merogol seorang wanita warga Indonesia berusia 29 tahun (sewaktu kejadian) di bilik sebuah hotel di Taman Seputeh di sini antara pukul 1.30 pagi hingga 2 pagi pada 24 Disember 2018.

Justeru bagi pertuduhan pertama itu, Abdul Ghani didakwa mengikut Seksyen 376(1) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, Abdul Ghani didakwa mengugut hendak menyebabkan kematian dengan menggunakan pemutar skru terhadap mangsa sama pada tempat, waktu dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 23 Julai 2020, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 16 sebatan bagi pertuduhan merogol manakala penjara tujuh tahun bagi kesalahan mengugut.

Kesemua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak bermula tarikh jatuh hukum iaitu pada 23 Julai 2020. Kemudian pada 20 Mei 2021 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal@Zainol selaku responden berhujah kesalahan yang dilakukan bukan kali pertama kerana perayu pernah dijatuhkan hukuman penjara dan sebatan atas kesalahan sama.

Bagaimanapun peguam Muhamad Izwan Ishak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili perayu memohon hukuman dikurangkan kerana mempunyai seorang ibu yang uzur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI