fbpx

7 Maut Genting: Mayat pemandu van diurus di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman Choun Chiet yang terletak di Seberang Perai. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Pemandu van persiaran, Wong Choun Chiet, 49, yang terkorban dalam nahas di Kilometer 4.8, Jalan Genting Highlands, Pahang semalam disifatkan sebagai seorang abang yang bertanggungjawab dan baik hati.

Adik bongsunya yang hanya mahu dikenali sebagai Cindy berkata, hubungan mereka tiga beradik sememangnya akrab sejak dari kecil.

“Abang ialah anak sulung dan dia belum berkahwin. Dia selama ini tinggal bersama kakak saya di Seberang Jaya.

“Dia memang sudah lama bekerja sebagai pemandu van persiaran di sebuah syarikat di George Town sejak beberapa tahun lalu dan mengambil pelbagai tugasan antaranya membawa rombongan ke pusat peranginan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Tingkat Tuna, di sini hari ini.

Cindy berkata, mereka yang masih terkejut dengan perkhabaran nahas itu akan bertolak ke Kuala Lumpur esok.

“Mayat mendiang abang akan diuruskan secara ‘cremation’ (pembakaran) dan akan dibantu saudara mara kami yang menetap di sana.

“Abu mayat akan dibawa pulang dan ditempatkan di kuil Kek Lok Si selepas selesai upacara keagamaan nanti,” katanya.

Mendiang Choun Chiet antara tujuh mangsa yang maut semasa dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang selepas bercuti di Genting Highlands.

Van persiaran tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan di sebelah kanan.

Pemandu dan lima orang penumpang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI