fbpx

[VIDEO] ‘Selamatkan saya dan adik, saya sanggup jadi hamba awak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan dua beradik yang tersepit di bawah runtuhan akibat kejadian gempa bumi.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan dua kanak-kanak merayu orang untuk diselamatkan ketika ditindih runtuhan bangunan akibat gempa bumi di Syria meruntun hati orang ramai.

Menerusi berkenaan, kanak-kanak itu cuba menenangkan adik perempuannya yang tersepit di celah runtuhan bangunan.

“Tarik saya keluar dan saya akan melakukan apa sahaja yang awak mahu. Saya sanggup menjadi hamba awak,” katanya.

Dua orang kanak-kanak itu juga dilihat berada dalam keadaan letih serta tidak bertenaga dipercayai akibat terperangkap dalam tempoh yang lama.

Tinjauan di ruang komen mendapati, orang ramai tersentuh dengan kata-kata kanak-kanak itu yang dikatakan beranggapan runtuhan rumah tersebut adalah kerana serangan, bukan akibat gempa bumi.

“Allahuakbar, semoga Allah SWT pelihara dan lindungi dua beradik ini,” kata Azibah.

“Semoga bencana ini dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada kita semua. Bersyukur selalu, semoga negara kita terus dikurniakan keselamatan dan keamanan,” kata Rohayah.

“Ya Allah kasihannya, semoga saudara Islamku di sana tabah menghadapi dugaan bencana alam yang menimpa negara mereka, salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban,” kata Faizal.

Terdahulu, Turkiye dilanda gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter dan disusuli gempa bermagnitud 7.6 beberapa jam kemudian.

Kawasan barat laut Syria turut dilanda gempa bumi kuat 7.5 magnitud itu.

Susulan itu, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar tersebut.

Difahamkan, angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye itu juga meningkat kepada 3,549 mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI