fbpx

Remaja tidak sedar rakam lembaga berjalan membongkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja itu tidak menyedari kehadiran sosok lembaga yang berjalan membongkok melintasi mereka. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sekumpulan remaja perempuan merakam lembaga aneh ketika berjalan pada waktu malam, lapor laman berita Liputan 6.

Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @witahrll.    

Berdasarkan rakaman tersebut, kumpulan remaja itu sedang menghantar seorang rakan yang bernama Caca. 

Mereka kemudian keluar dari sebuah bangunan dan berjalan melalui jalan yang sunyi. Walaupun ada lampu, keadaan jalan itu masih gelap sedikit. 

Tidak lama kemudian, kelihatan satu lembaga berpakaian putih berjalan dengan pantas dari arah bertentangan sebelum membongkok di tepi jalan. 

Bagaimanapun, mereka kelihatan tidak menyedari kewujudannya dan terus berjalan. 

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau manusia, mana ada yang boleh jalan membongkok sepantas itu,” komen seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI